Ahad, 24 Julai 2011

Prosa Tradisional Hikayat Siak-DBK TG5

Hikayat Siak

** Berdasarkan teks KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku menceritakan Siak sebagai tempat Raja Kecil membina kekuatan ketenteraan untuk menyerang Johor**

RINGKASAN LATAR CERITA YANG ADA KAITAN DENGAN RAJA KECIL(Rujukan paling hampir dengan kisah ini ialah Asal usul Raja Kecil dalam teks Komsas Antologi Kerusi yang digunakan sehingga 2010 )

Cerita dalam Hikayat Siak menceritakan kisah Raja Kecil yang semasa kecil dipanggil Tuan Bujang. Raja Kecil merupakan anak Sultan Mahmud yang memerintah Johor Lama . Sultan Mahmud lebih dikenali sebagai Raja Mangkat Dijulang ( Marhum Mangkat Dijulang ). Makam baginda masih ada di kampung Makam Kota Tinggi dan diwartakan sebagai lokasi sejarah negeri Johor. Sultan Mahmud dipercayai merupakan raja dari keturunan Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka yang tewas diserang Portugis. Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka telah melarikan diri ke Kampar , Sumatera dan berkahwin dengan seorang anak raja di sana. Baginda dikurniakan dua orang anak lelaki . Seorang anaknya berhijrah ke Perak membuka kerajaan di sana dan seorang lagi berhijrah ke Johor Lama (Kota Tinggi) Johor dan membina sebuah negara di panggil Kerajaan Johor. Pemerintahan Johor dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka, sampai kepada Marhum Mangkat Dijulang. Baginda berkahwin dengan orang kebanyakan iaitu Encik Pung. Ketika baginda mangkat kerana dibunuh oleh Laksamananya sendiri, Pada ketika itu, Encik Pung sedang mengandungkan Tuan Bujang (Raja Keci). Sultan Mahmud Mangkat Dijulang tidak mempunyai anak dengan permaisurinya ,( tiada anak gahara)Setelah Marhum Mangkat Dijulang mangkat, Encik Pung berjanji tidak akan menuntut tahta kerajaan Johor daripada Bendahara yang diberi kuasa memerintah kerana Marhum Mangkat Dijulang tiada zuriat daripada anak gahara. Setelah melahirkan Raja Kecil , Bendahara amat khuatir Encik Pung akan menuntut tahta. Menyedari keselamatan Raja Kecil dalam bahaya, Encik Pung menyerahkan Raja Kecil kepada Temenggung Muar. Akan tetapi ketika Raja Kecil berusia 6 tahun, beliau dibawa berjumpa ibunya tetapi kedatangannya dapat dikesan oleh Bendahara. Menyedari keselamatannya terancam, Raja Kecil dibawa lari oleh Raja Negara Selat melalui pertolongan Nakhoda ke Palembang dan akhirnya dibawa ke Pagaruyung bertemu kaum keluarganya dan dipelihara oleh Puteri Jilan iaitu keluarga Raja Kecil yangberpangkat nenek kepada Raja Kecil. Baginda dibesarkan dengan nama Tuan Bujang.
*************************************************************************************
TEKS DALAM ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU menceritakan :
i. pernobatan dan permahsyuran Tuan Bujang sebagai Yang Dipertuan Raja Kecil waris Kesultanan Johor dari keturunan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
ii. Perintah taat setia kepada semua orang Minangkabau oleh Tuan Puteri Jilan.
iii. Taat setia rakyat Minangkabau kepada Raja Kecil
iv. Perjuangan untuk menuntut hak ke atas kerajaan Johor yang ditadbir oleh keturunan Bendahara.
v. Raja Kecil menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah, Yang Dipertuan Besar.

HIKAYAT SIAK
Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan
PERISTIWA PENTING IALAH PENOBATAN TUAN BUJANG SEBAGAI WARIS RAJA BAGI ORANG MINANGKABAU
KETURUNAN MARHUM MANGKAT DIJULANG
1. Tuan Bujang ,memohon kebenaran daripada Sultan Palembang untuk mudik ( ke kawasan hulu/pedalaman) iaitu ke Rawas. Sultan Palembang membenarkan Tuan Bujang mudik ke Rawas dan di sana Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kucing dan memiliki seorang anak lelaki bernama Raja Alam.
2. Tuan Bujang kemudian pergi ke Jambi untuk bertemu dengan Sultan Maharaja di Batu. Di Jambi Raja Kecil berperang dengan Sultan Maharaja merebut kebesaran dengan sultan di Kedah tetapi kalah.
3. Tuan Bujang pulang ke Minangkabau lalu terus ke Pagaruyung. Tuan Bujang menghadap Puteri Jilan. Raja Kecil memberitahu Tuan Puteri Jilan bahawa baginda meninggalkan Pagaruyung kerana melawat negeri orang. Seterusnya ,Puteri Jilan mencadangkan Tuan Bujang pergi belayar dan ke Siak. Seterusnya meminta Tuan Bujang mengambil semula kerajaan Johor dan menuntut semula kematian ayahandanya.
4. Tuan Bujang dinobatkan oleh Yamtuan Sakti bapa saudaranya.... Semasa penobatan tersebut Yamtuan Sakti telah menguji kesahihan Tuan Bujang sebagai pewaris Minangkabau lantas Tuan Bujang dinobatkan bersama-sama anak lelakinya.
5. Semasa dinobat, mahkota diletakkan di atas kepala Tuan Bujang dan Puteri Jilan membaca salasilah keturunan Tuan Bujang dan wajah Tuan Bujang sangat berseri-seri umpama bunga raya kembang pada waktu pagi. Melihat akan kehebatan tersebut segala pegawai, Menteri Yang Empat, Bendahara di Sungai Tarab, Makhdum di Sumanik, Enduma di Suroso
• sujud menyembah Tuan Bujang dan mengaku bahawa Tuan Bujang ialah seorang raja besar di Tanah Melayu.
• Mereka bermohon agar Tuan Bujang kekal dan tenteram menjadi raja di Tanah Melayu. Tuan Bujang digelar Yang Dipertuan Raja Kecil.
6. Seterusnya mahkota diletakkan oleh Yamtuan Sakti di atas kepala anakandanya tetapi senget lantas Yamtuan Sakti mengatakan anaknya tewas dengan kelebihan yang ada pada Raja Kecil lalu diberi nama Raja Beralah.
7. Suatu hari, Puteri Jilan dan Yang Diipertuan Sakti menunjukkan pedang kerajaan yang berasal dari Minangkabau yang dipersembahkan oleh Raja Kuantan kepada Raja Kecil . Pedang tersebut bernama Sepurejab. Puteri Jilan menyerahkan
• Pedang Sepurejab
• Sepah ( sejenis batu permata yang terdapat gambar akar atau kayu di
dalam batu permata tersebut )
• Lima depa rambut Puteri Jilan
• Dua butir kupang-kupang dan
• Sebuah cop mohor.
8. Puteri Jilan memaklumkan bahawa Raja Kecil akan turun ke laut maka Puteri Jilan memerintah;
§ Semua anak Minangkabau di laut
§ Semua anak Minangkabau di sekeliling Pulau Perca
§ mesti bersama-sama Raja Kecil menebus aib yang ditanggung oleh anaknya dan orang Minangkabau .
9. JIKA ada orang Minangkabau tidak mahu menyertai pasukan Raja Kecil mereka akan terkena sumpah kerana mengingkari perintah.
10. Akan tetapi, jika orang Minangkabau tidak dapat menyertai pasukan Raja Kecil maka mereka mesti memberi
• Dua puluh rial
• Selaras setinggar ( sejenis senapang kuno)
• Obat sekati ( sekati peluru setinggar )
11. Setelah selesai Yang Dipertuan Sakti mengenakan perjanjian di atas, baginda menyerahkan empat orang hulubalang kepada Raja Kecil
• Datuk Lebai Tasi
• Datuk Gergaji
• Raja Mendeling
• Sultan Pendalihan
Latihan Kendiri
i. Berikan maksud
• “Patik menengok cupak dan gantang orang”.
(muka surat 49)
• Sambil beryang-yang
( muka surat 49 )
• Kararlah ( muka surat 50)
• Kita pulangkan aib malunya anak kita ( muka surat 50)
• Kena bisa kawi ( muka surat 50)
ii. Kemukakan nilai yang terdapat dalam kisah Tuan Bujang (Raja Kecil ) Dinobatkan
iii. Kemukakan pengajaran yang terdapat dalam kisah Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan
iv. Jelaskan perwatakan Raja Kecil dalam kisah Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan.
v. Nyatakan sebab-sebab Puteri Jilan mahu Raja Kecil merampas Negeri Johor.
********************************************************************
KISAH RAJA KECIL
PERISTIWA PENTING IALAH PERJANJIAN TAAT SETIA ORANG MINANGKABAU KEPADA RAJA KECIL
a. Raja Kecil bermohon untuk berangkat danl didoakan oleh Puteri Jilan agar memperoleh kejayaan.
b. Raja Kecil sampai ke Siak Raja Kecil tidak mendedahkan identiti dirinya, sebaliknya baginda berulang alik dari Siak ke Bukit Batu ;membeli ikan terubuk dan telur ikan terubuk di di Bukit Batu lalu dibawa ke Siak untuk dijual. Pada satu hari Raja Kecil melakukan kesalahan kepada Bandar Bukit Batu lalu didenda sebanyak dua puluh rial. Raja Kecil amat marah lalu berdendam. Akibatnya baginda mengambil upah menjadi Nakhoda Penangguk ke Melaka tetapi bersumpah agar anak cucunya tidak menjadi Nakhoda Penangguk.
c. Seterusnya Raja Kecil pergi ke Mengkalis untuk bertemu dengan orang-orang Minangkabau kerana ramai antara mereka yang kaya raya dan mempunyai perahu yang besar-besar.
d. Sampai di Mengkalis, Raja Kecil terus bertemu penghulu lalu menyerahkan cop mohor kepada penghulu. Melihat sahaja cop mohor tersebut maka penghulu tahu bahawa Raja Kecil membawa perintah Yang Dipertuan Sakti lalu berasa takut (gementar). Penghulu dengan segera memerintah orang-orang Minangkabau yang ada di Mengkalis berkampung lalu menyembah daulat kepada Raja Kecil dan menyatakan taat setia kepada Raja Kecil.
e. Di Mengkalis Raja Kecil digelar Yang Dipertuan, raja turun dari Pagaruyung. Setelah berlaku lafaz taat setia di Mengkalis, Raja Kecil berangkat ke Batu Bahara pula kerana di situ terdapat ramai juga orang-orang Minangkabau. Di Batu Bahara Raja Kecil mendapat pengakuan taat setia daripada Penghulu Yang Berempat. Raja Kecil juga mendapatkan pengakuan taat setia daripada orang-orang Minangkabau di Tanah Putih dan di Kubu.
f. Raja Kecil Pulang semula ke Mengkalis dan membuat strategi untuk menyerang Johor.
Latihan Kendiri
i. Apakah reaksi penghulu apabila melihat cap dari Pagaruyung?
ii. Pada pendapat anda , mengapakah Raja Kecil ‘tiada memeliharakan dirinya,” semasa berada di Siak?
RAJA KECIL MENYERANG JOHOR
PERISTIWA PENTING IALAH
i. PERJANJIAN RAJA KECIL DENGAN RAJA BUGIS UNTUK MENYERANG KERAJAAN JOHOR
ii. SYARAT-SYARAT YANG DIKENAKAN OLEH DAENG PARANI
iii. PEPERANGAN DENGAN JOHOR
iv. KEMANGKATAN IBUNYA ENCIK PUNG
v. PERKAHWINAN RAJA KECIL DENGAN TENGKU KAMARIAH, ANAK BENDAHARA
1. Ketika Raja Kecil berada di Mengkalis, baginda dikunjungi oleh Raja Bugis iaitu Daeng Parani, Daeng Celak dan Raja Tuha. Mereka sudah saling mengenalketika tinggal dim Bangkah Kota semasa Raja Kecil tinggal dengan Sultan Palembang.
2. Semasa pertemuan tersebut, Raja Kecil menyampaikan hasrat untuk menyerang Johor. Daeng Parani membuat perjanjian jika Raja Kecil menang
3. Raja Kecil menjadi Yang Dipertuan Besar di Johor
4. Daeng Parani menjadi Yang Dipertuan Muda
5. Setelah semua syarat dipersetujui Daeng Parani bergerak ke Langat dan mengumpul semua orang Bugis di sana untuk menyertai pasukan perang Raja Kecil.
6. Sepucuk surat dihantar kepada Yang Dipertuan Johor di Johor memaklumkan Raja Kecil anakanda kepada Marhum Mangkat Dijulang akan kembali ke Johor untuk menuntut bela kematian ayahandanya. Johor diminta bersiap sedia.
7. Sebaik sahaja surat diterima, Yang Dipertuan Johor mengumpul semua orang besar-besar dan berpakat membaiki kota dan parit.
8. Berita Raja Kecil yang akan datang ke Johor tersebar luas sampai ke pengetahuan Raja Negara Selat . Oleh itu Raja Negara Selat bersama-sama rakyat Johor datang ke Mengkalis untuk bertemu dengan Raja Kecil.
9. Di Mengkalis, Raja Negara Selat dan orang Johor mengatakan Raja Kecil ialah orang Johor sementara orang Minangkabau mengatakan Raja Kecilm ialah orang Minangkabau.
10. Perbezaan pendapat mereka dileraikan oleh Raja Kecil sebaliknya memninta mereka semua bekerjasama . Raja Kecil mempersiap perahu besar dan kecil lalu berangkat ke Johor bersama-sama orang Johor (rakyat Selat) dan semua rakyat yang tinggal di kawasan laut.
11. Sebaik sahaja tiba di Kuala Sungai Johor, orang Johor dengan riuh rendahnya melaungkan kedatangan tuan mereka. Semua kaum keluarga Laksamana datang menghadap Raja Kecil.
12. Orang Johor di Kuala Johor hendak menguji kesahihan Raja Kecil sebagai anak Marhum Mangkat Dijulang. Raja Kecil diminta menawarkan air yang masin.
13. Raja Kecil menjampi air masin tersebut sambil memasukkan lingkaran rotan ke dalam air masin tersebut.
14. Air berjaya ditawarkan oleh Raja Kecil. Orang Johor di Kuala Johor mengaku Raja Kecil sebagai tuan mereka.
15. Dari Kuala Johor, Raja Kecil bergerak masuk ke kota Negeri Johor. Pasukan Raja Kecil dibedil dari kubu tetapi hanya air yang keluar dari mulut meriam.
16. Raja Kecil terus mudik dan sampai ke Pangkalan Rama. Di Pangkalan Rama Raja Kecil melompat naik ke atas jambatan sambil menghunus pedang Sepurejab.
17. Tindakan Raja Kecil dituruti oleh hulubalang yang empat
• Datuk Lebai Tasi
• Datuk Gergaji
• Raja Mendeling
• Sultan Pendalihan
18. Raja Kecil diiringi oleh Orang Besar-besar dengan pedang terhunus . Suasana sanagat bising.
19. Kedatangan RajaKecil diketahui oleh Yang Dipertuan Johor, maka dengan segera baginda meninggalkan kota dan pulang ke Kampung Bendahara Lama.
20. Raja Kecil masuk ke dalam istana yang terletak di dalam kota diiringi hulubalang yang empat dan Orang Besar-besar lalu menunggu perintah Raja Kecil.
21. Raja Kecil bertanya tentang Bendahara. Penghulu Istana memberitahu bahawa Bendahara telah melarikan diri.
22. Pada masa yang sama Yamtuan Muda mengamuk dan membunuh anak dan isterinya. Dia berhasrat untuk mengamuk di dalam kota apabila habis semua anak isterinya dibunuh.
23. Tetapi sebaik sahaja semua anak isterinya dibunuh, dia berasa takut lalu nlari ked lam hutan.
24. Akhirnya, Yamtuan Muda mengambil keputusan menyerah diri kepada Raja Kecil kerana telah berdosa membunuh ayahanda Raja Kecil
25. Raja Kecil memaafkan Yamtuan Muda
26. Akan tetapi, berita pembunuhan anak isteri Yamtuan Muda sampai ke pengetahuan Raja Kecil. Raja Kecil meminta Bendahara memutuskan hukuman ke atas Yamtuan Muda.
27. Bendahara mengeluarkan perintah Yamtuan Muda dibunuh kerana bertindak tanpa kebenaran Raja Kecil.
28. Pada masa yang sama, Raja Kecil tidak sempat bertemu ibunya Ecik Pung kerana Encik Pung telah meninggal dunia.
29. Raja Kecil menziarahi jenazah ibunya dan mengurus jenazah ibunya mengikut adat kebesaran raja.
30. Raja Kecil mengadakan
§ Bacaan Al-Qurandi makam Encik Pung selama 40 hari
§ Tahlil
§ Bersedekah kepada fakir miskin
31. Raja Kecil meminang Tengku Tengah anak Bendahara
32. Malangnya, semasa hari raya semua anak Bendahara datang menghadap Raja Kecil kecuali Tengku Tengah.
33. Pada masa itu, Raja Kecil terpandang Tengku Kamariah, anak Bendahara yang bongsu lalu jatuh hati. Tetapi ditolak oleh Tengku Kamariah.
34. Bendahara tidak mampu menolak kehendak Raja Kecil kerana baginda ialah raja.
35. Akhirnya Raja Kecil menjadi raja Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Syah, Yang Dipertuan Besar dan berkahwin dengan Tengku Kamariah.
LATIHAN KENDIRI
i. Kesan lokasi Kuala Sungai Johor
ii. Kesan Lokasi kota Negeri Johor (Johor Lama)
iii. LAKARKAN LALUAN RAJA KECIL DARI Mengkalis ke kota Negeri Johor
Cara: layari Googles Maps: negeri Johor, Malaysia bagi mendapatkan lokasi dalam peta
Taip Googles Maps
Klik Gets Destinations
A. MENGKALIS, SUMATERA, INDONESIA
B. KUALA JOHOR
C. KAMPUNG JOHOR LAMA , AIR TAWAR, JOHOR, MALAYSIA


i. Jelaskan perwatakan Raja Kecil dalam kisah Raja Kecil Menyerang Johor.
ii. Nyatakan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh Raja Kecil dalam kisah Raja Kecil Menyerang Johor.
iii. Nyatakan tindakan Raja Kecil selepas dimaklumkan bondanya hilang.
iv. Berikan maksud rangkai kata
mendengar bondanya hilang
dengan tiada berbulang dan berkeris
menyerahkan nyawa


Latihan 1.


Hatta, lalu berkelahilah........."Hendaklah kamu mengatakan 'daulat'.

1). Apakah maksud rangkai kata beryang-yang dalam petikan di atas (1m)

2). Bagaimanakah cara yang dilakukan oleh baginda untuk menawarkan air masin ?

3). Pada pendapat anda, mengapkah keturunan Raja Johor dalam petikan digambarkan memiliki kesaktian tertentu? Kemukakan empat pendapat anda.


Jawapan

1). membaca mantera / memuja sesuatu.

2). Baginda mengambil rotan, dilingkar, dan dimasukkan ke dalam air, Baginda beryang-yang-air itu dimasukkan ke dalam lingkaran rotan.

3). i.Keturunan raja dahulu memiliki daulat, ii.untuk membezakan keturunan raja dengan rakyat, Untuk menaikkan imej keturunan raja, Untuk memastikan rakyat jelata menghormati dan menyanjungiraja mereka.



2 ulasan:

  1. apakah bukti rakyat menunjukkan taat setia kpd pemerintah ????

    BalasPadam
  2. apakah bukti rakyat menunjukkan taat setia kpd pemerintah ????

    BalasPadam