Selasa, 26 Julai 2011

Cerpen Biarkan Samudera HR TG4

Biarkan Samudera
(Raihanah Salleh)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)
Sinopsis
Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya, Mir mula beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih.
Tema
Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar.
Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan oleh rumah ayahnya akan dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia.
Persoalan
1. Persoalan kemiskinan para nelayan
Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan.
2. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan
Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut.
3. Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran agama.
Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku.
4. Persoalan kepetingan menjaga alam sekitar
Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu, Amirah sering membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.
Plot
Secara keseluruhannya plot cerpen digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak Amirah yang mengalami tekanan perasaan. Amirah dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan tinggal bersama seorang rakan bernama Hakimah.
(ii) Perkembangan
Amirah sering memikirkan kehidupan ayahnya di kampung yang telah berpindah ke rumah panjang kerana rumah mereka di tepi pantai akan dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Dia juga sering teringat akan pesanan ayahnya untuk menjaga pantai daripada sebarang pencemaran. Sahabatnya Hakimah cuba membantu dengan cara membawanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya.
(iii) Konflik
Sikap Amirah semakin berubah kerana fikirannya semakin bercelaru memikirkan masalah keluarganya.
(iv) Klimaks
Ibu Hakimah menyuruhnya mengajar Amirah mendekati diri Tuhan lalu, Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung.
(v) Peleraian
Amirah berjanji akan menggunakan kain telekung tersebut. Akhirnya Amirah sembuh dan kembali seperti biasa.
Teknik Plot / Teknik Penceritaan
1. Pemerian
Pengarang memerikan perihal kehidupan ayah Amirah yang bekerja sepanjang hari di dalam lautan mencari rezeki.
2. Dialog
Perbualan antara Amirah dengan Hakimah membincangkan soal lautan dan juga ombak yang sering didengari oleh Amirah.
3. Imbas Kembali
Mir mengimbas kembali kata-kata ayahnya yang menyuruh dan memesannya agar menjaga lautan daripada pencemaran.
4. Suspens
Pengarang membiarkan pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada rumah Mir di tepi pantai.
5. Monolog Dalaman
Mulut Mir terkumat-kumit mengingati tentang khazanah kehidupan nelayan yang perlu dijaga untuk kelangsungan ekosistem.
6. Monolog Luaran
Mir mengulangi kata-kata ayahnya tentang apa yang harus dilakukan ketika rumah kesayangan mereka dirobohkan. “apa yang harus kulakukan?”
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Mir / Amirah
 Anak seorang nelayan yang menuntut ilmu di universiti tempatan.
 Ibunya telah meninggal dunia ketika dia dilahirkan.
 Anak tunggal.
 Mengidap penyakit skizofrenia yang menyebabkan Mir menjadi pendiam.
 Memiliki rambut yang cantik.
 Seorang yang penyayang - Amirah anak yang baik kerana sentiasa memikirkan nasib dan pesanan ayahnya yang tinggal di rumah panjang.
Watak dan Perwatakan
 Suka menyendiri - Amirah mula berubah sikap mengasingkan kerana tekanan perasaan.
 Tabah - Amirah tetap meneruskan pembelajaran walaupun, dihimpit oleh kesusahan hidup keluarganya.
Watak Sampingan
1. Hakimah
 Gadis yang sedang menuntut di universiti tempatan bersama-sama dengan Amirah.
 Ibu yang tinggal di kampung.
 Sahabat yang baik - Sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan perasaan.
 Prihatin - Membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya.
 Penyayang - Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya.
2. Ayah
 Ayah kepada Amirah.
 Bekerja sebagai nelayan.
 Sudah tua
 Tinggal di rumah panjang di kampung.
 Badannya agak kurus.
 Kehidupannya miskin - Rumah yang dibina di atas tanah kerajaan akan dirobohkan untuk pembangunan
 Redha dengan takdir Tuhan - Menerima nasib dirinya yang terpaksa berkongsi rumah panjang kerana rumahnya di tepi akan dirobohkan.
 Gigih - Ayah seorang yang kuat semangat untuk terus mencari rezeki di laut bagi menampung kehidupan dia dengan anaknya.
3. Ibu
 Ibu kepada Hakimah
 Tinggal di kampung.
 Seorang yang baik hati - menghadiahkan Amirah telekung dengan niat agar Amirah mendekatkan diri dengan Tuhan.
 Penyayang - Mendidik anaknya dengan baik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
 Prihatin - Menyedari sahabat Hakimah sakit lalu ibu membantu Amirah agar mendekati diri dengan Tuhan.
 Patuh kepada ajaran agama - Sentiasa mengingati Hakimah agar mengajar Amirah membaca al-Quran dan mengenali Tuhan yang satu.
Latar
Latar Masa
 Waktu Hujan - Ketika itu Amirah kembali teringat kata-kata dan juga pesanan ayahnya.
 Hari Sabtu - Hakimah mengajak Amirah berjalan-jalan di kota untuk menenangkan fikiran.
Latar Tempat
 Di laut- tempat ayah Amirah yang menjadi nelayan mencari rezeki.
 Di rumah Hakimah – Hakimah membawa Amirah bercuti juga menceritakan masalah Amirah.
 Di Kampung - Bapa Amirah tinggal di rumah panjang di kampung.
 Di Kampus - Tempat Amirah dan Hakimah belajar.
Latar Masyarakat
 Masayarakat yang saling sayang menyayang - Amirah menyayangi ayahnya yang tinggal di kampung.
 Masyarakat yang prihatin - Hakimah mengambil berat soal kesihatan sahabatnya yang mengalami tekanan perasaan.
 Masyarakat yang berpendidikan tinggi - Amirah dan Hakimah menuntut di Intitusi Pendidikan tinggi tempatan.
 Masyarakat yang miskin - Ayah amirah mewakili sekumpulan nelayan yang tinggal di rumah panjang secara berkongsi dan miskin.
 Masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama - Ibu Hakimah meminta Hakimah menghadiahkan telekung agar Amirah kembali kepada Tuhan yang satu.
Gaya Bahasa
1. Simile - “Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau Mir”.
2. Sinkope – kau, ku dan tak
3. Repitasi - Berpintal-berpintal dan bergulung-gulung. Berpintal-pintal dan bergulung-gulung.
4. Peribahasa - hati perut.
5. Hiperbola - “Aku bercakap dengan ombak dengan samudera.”
Nilai
1. Nilai kasih sayang - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.
2. Nilai prihatin - Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan kepadanya.
3. Nilai kesabaran – Hakimah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan.
4. Nilai rasional - Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan.
5. Nilai patuh kepada agama – Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah.
Pengajaran
1. Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang sedang dalam kesusahan.
2. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui kehidupan seharian.
3. Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita tidak bertindak di luar batasan.
4. Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang keseorangan di kampung.
5. Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan memberi pendidikan kepada kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan