Isnin, 25 Julai 2011

Sajak Tiba Waktunya-HR TG4

SAJAK

Tiba Waktunya-(Ghazali Lateh)

Angin musim semakin deras dan ganas

Meniup tamadun ke erayang pantas

Lihatlah siapa mereka yang memanjang langkah

Merebut tunas-tunas harapan yang hijau

Dari putik dan pucuk berembun kemilau.

Haruskah kita tunduk mengutip sisa-sisa

Atau berada di sana meraih sejahtera?

Usah kau tanya persoalan dilema

Kerana ini bukan waktunya

Untuk berhujah perlu tidaknya

Dan masa pun tidak akan menanti

Buat mewajar padah atau simpati.

Wanita zaman siber

Perlu mengacung minda ke tengah arena

Suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi

Menuju wawasan era globalisasi.

Lepaskan segala belenggu kedaifan

Huraikan segala keliru kekusutan

Wanita zaman ini perlu bangun berani

Yakin diri tahan uji

Tinggi pekerti anggun gerak-geri

Terunggul dalam segala segi.

Mari kita jana semua upaya

Dalam menjulang citra seluruh wanita

Dengan kudrat mental juga fizikal

Berbekal iman dan semangat cekal

Kita gerakkan kemampuan uang pukal.

Kini sudah tiba waktunya

Kita bertakthadi persada dunia.

Rangkap 1

Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang. Oleh itu, manusia perlu merebut peluang yang ada selari dengan perubahan zaman.

Rangkap 2

Wanita tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk membuat pilihan kerana akan merugikan masa. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga.

Rangkap 3

Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara. Penglibatan wanita dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan.

Rangkap 4

Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang mengelirukan.

Mereka juga perlu berani, berkeyakinan tinggi, tabah di samping menjaga budi pekerti serta

hebat semua bidang.

Rangkap 5

Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat mereka dengan kekuatan akal dan

tenaga fizikal. Dengan berbekalkan keimanan dan kecekalan, penyajak menyarankan wanita

menggerakkan keupayaan maksimum.

Rangkap 6

Sekaranglah masanya untuk wanita berada di puncak pentas dunia.

Maksud

Usaha mengangkat martabat wanita.

Tema

1. Persoalan persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden.

2. Persoalan keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup.

3. Persoalan peranan wanita dalam masyarakat.

4. Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani.

1. Terdiri daripada enam rangkap.

2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lima baris, rangkap kedua

mengandungi tujuh baris, rangkap ketiga mengandungi empat baris, rangkap keempat

mengandungi enam baris,rangkap kelima mengandungi lima baris dan rangkap terakhir

mengandungi dua baris.

3. Jumlah patah kata antara tiga hingga enam.

4. Jumlah suku kata antara tujuh hingga empat belas.

5. Rima akhirnya bebas : aabcc, aaaaabb, abcc, aabbbb, aabbb dan aa.

6. Sajak ini berbentuk bebas.

Patriotik

1. Pemilihan kata atau diksinya indah.

Contoh : dari putik dan pucuk berembun kemilau

Persoalan

Bentuk

Nada

Gaya bahasa2. Kata ganda.

Contoh : tunas-tunas, gerak geri, sisa-sisa.

3. Aliterasi :pengulangan konsonan n

Contoh : merebut tunas-tunas harapan yang hijau

4. Asonansi :pengulangan vokal u

Contoh :dari putik dan pucuk berembun kemilau

5. Sinkope.

Contoh : kautanya

6. Hiperbola.

Contoh : angin musim semakin deras dan ganas

7. Metafora

Contoh : tunas-tunas harapan

8. Imajan / simbolik.

Contoh : persada dunia ( puncak kejayaan)

9. Inversi

Contoh : usah kautanya persoalan dilemma

1. Nilai keberanian. Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam

pelbagai bidanguntuk pembangunan negara.

2. Nilai kecekalan. Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.

3. Nilai keyakinan diri. Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus

perdana dalam hidup.

4. Nilai berpandangan jauh. Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai

matlamat hidup.

Nilai 1. Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri

sendiri.

2. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan hidup.

3. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia.

4. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan

mental dan fizikal.

Soalan

1. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Tiba Waktunya.

2. Nyatakan dua nilai yang dapat dipetik dalam sajak ini.

Jawapan:

1. Dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini ialah gaya bahasa imajan/simbolik

contohnya persada dunia yang menjadi simbolik kepada puncak kejayaan dan juga gaya

bahasa inverse iaitu usah kautanya persoalan dilemma.

2. Antara nilai yang dapat dipetik dalam sajak ini ialah nilai keberanian iaitu wanita perlu

berani melibatkan diri dalam pembangunan negara. Selain itu nilai kecekalan juga harus

ada dalam diri wanita kerana ia penting untuk mencapai kejayan dalam sesuatu bidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan