Isnin, 25 Julai 2011

Gurindam 12 Fasal yang Keenam-HR TG4


GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM

Cahari olehmu akan sahabat,

Yang boleh dijadikan ubat.

Cahari olehmu akan guru,

Yang boleh tahukan tiap seteru.

Cahari olehmu akan isteri,

Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan,

Pilih segala orang setiawan.


Isi dan Persoalan

1. Kepentingan mencari kawan yang baik dan setia.

2. Guru yang bijak dapat mengajar muridnya menilai perkara yang baik dan buruk.

3. Seorang isteri yang baik selalunya taat kepada suami.


Pengajaran

1. Kita haruslah bijak mencari kawan yang sanggup berkongsi ketika susah dan senang.

2. Kita perlulah mencari guru yng dapat membimbing kita menilai perkara yang baik dan yang buruk.

. Kita hendaklah mencari isteri yang patuh dan taat kepada suami.


Gaya Bahasa

1. Kata klasik - contohnya cahari.

2. Kata kiasan - contohnya ubat.

3. Pengulangan frasa - contohnya cahari olehmu.

4. Asonansi - contohnya pengualngan vokal a - cahari olehmu akan sahabat.

5. Aliterasi - contohnya pengulangan konsonan b - Yang boleh dijadikan ubat

Gurindam 12 Fasal yang Keenam.

Cahari olehmu akan sahabat,

Yang boleh dijadikan ubat.

Cahari olehmu akan guru.

Yang boleh tahukan setiap seteru.( musuh)

Cahari olehmu akan isteri,

Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan,

Pilih segala orang setiakawan.

SUMBER 2:

Puisi Tradisional - (Gurindam 12 Fasal yang Keenam)

Maksud

Rangkap 1

Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.

Rangkap 2

Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan setiap kemusykilan.

Rangkap 3

Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.

Rangkap 4

Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan

Tema

Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi.

Persoalan

1. Persoalan kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan.

2. Persoalan kebijaksanaan dalam memilih guru .

3. Persoalan kepentingan mempunyai isteri yang setia Bentuk

1. Terdiri daripada empat rangkap.

2. Setiap rangkap terdiri daripada dua baris.

3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara empat hingga lima.

· Cahari olehmu akan sahabat (4 perkataan)

· Yang boleh tahukan tiap seteru (5 perkataan)

4. Terdiri daripada sembilan hingga sebelas suku kata.

· Yang boleh dijadikan ubat ( 9 suku kata)

· Cahari olehmu akan isteri ( 11 suku kata)

5. Rima akhir syair ini ialah aa

6. Bentuk gurindam ini terikat dengan puisi tradisional.

Gaya Bahasa

1. Asonansi - Cahari olehmu akan sahabat – pengulangan vokal a

2. Aliterasi - Yang boleh menyerahkan diri - pengulangan konsonan n

3. Sinkope - Cahari olehmu akan sahabat (rangkap 1 baris 1)

4. Penggunaan kata klasik : cahari

5. Penggunaan bahasa kiasan - Yang boleh menyerahkan diri (mahu menurut kata

suami)

Nilai

1. Nilai kebijaksanaan.

Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat

kepadanya.

2. Nilai ketaatan.

Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami.

3. Nilai keikhlasan

Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan. Pengajaran

1. Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah

dan senang.

2. Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat

membimbing kita.

3. Seseorang suami haruslah bijak memilih isteri yang setia agar perhubungan mereka

berkekalan.

Latihan

1. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memilih sahabat yang baik?

2. Berikan dua nilai yang terdapat dalam Gurindam 12 Fasal yang Keenam

Jawapan

1. Pada pendapat saya, kita perlu memilih sahabat yang baik kerana sahabat dapat

membantu kita ketika menghadapi kesusahan dan menjadi penghibur ketika kesunyian.

2. Nilai yang terdapat dalam Gurindam 12 Fasal yang Keenam ialah nilai kebijaksanaan.

Contohnya, semasa memilh sahabat, guru dan isteri, seseorang itu hendaklah

menggunakan akalnya yang bijaksana agar mendapat calon yang sesuai. Selain itu,

menerusi puisi ini juga terdapat nilai keikhlasan. Contohnya, seseorang itu perlulah

ikhlas terhadap sahabatnya agar perhubungan mereka berkekalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan