Selasa, 26 Julai 2011

Drama Di Sini Bakti Bersemadi GSGG TG2

Di Sini Bakti Bersemadi

(Ajes Tuah)

Drama ini mengisahkan muda-mudi yang lebih berminat bekerja sendiri daripada bekerja makan gaji. Hal ini dibuktikan oleh Tini yang mempunyai diploma tetapi mengusahakan perusahaan kraftangan di kampungnya. Usaha Tini ini disokong kuat oleh rakan baiknya, Amin yang juga mengusahakan penternakan ayam.

Pada mulanya hasrat Tini untuk bekerja sendiri mendapat tentangan daripada ayahnya dan tunangnya, Kamal. Kamal berhajat mempercepat hari perkahwinannya dan hal ini dipersetujui oleh ayah Tini. Tini pula tidak bersetuju sebaliknya ingin menangguhkannya kerana mahu membangunkan perusahaannya sehingga berjaya terlebih dahulu.

Amin berjaya menangkap Malek yang cuba mencuri ayam-ayamnya. Amin yang terserempak dengan ayah Tini mengagumi semangat dan kegigihan Tini. Ayah Tini memuji kejayaan Amin yang sepatutnya menjadi contoh generasi muda hari ini. Ayah Tini turut menyatakan rasa kesalnya kerana tidak menyokong usaha Tini pada peringkat awal dahulu.

Amin cedera dan mesin-mesin Tini dirosakkan pada suatu malam. Ayah Tini berjaya memerangkap Malek sebagai orang yang terlibat dalam kejadian malam itu. Tini pula bertengkar dan memarahi Kamal kerana menjadi dalang dalam kejadian tersebut. Tini memutuskan pertunangannya dengan Kamal. Tini dan Amin gembira meneruskan kerjaya mereka masing-masing.

Drama ini memaparkan kegigihan muda-mudi yang bekerja sendiri walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi. Sikap nekad ini terbukti berjaya,meskipun mendapat tentangan hebat daripada ahli keluarga sendiri. Hal ini dibuktikan oleh Tini yang bertekad membuat perusahaan kraftangan di kampungnya sendiri.

1. Persoalan kemampuan wanita dalam menjana ekonomi negara.

2. Persoalan sikap tidak memilih pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan.

3. Persoalan idola/pencetus/pendorong semangat atas kejayaan orang lain.

4. Persoalan berwawasan dalam kerjaya.

· Permulaan

Drama ini dimulakan dengan peristiwa Tini berbual-bual dengan Amin di tempat ternakan ayam Amin. Tini menyatakan hasratnya untuk bekerja sendiri. Amin menyokong hasrat Tini dan mengingatkan Tini akan risiko bekerja sendiri.

· Perkembangan

Ayah Tini dan tunangnya, Kamal membantah hasrat Tini untuk bekerja sendiri. Amin melawat tempat perusahaan kraftangan Tini dan kagum akan perkembangan perusahaannya.

· Konflik

Kamal datang ke rumah Tini dan menyatakan hasratnya untuk mempercepat hari perkahwinannya. Tini tidak bersetuju sebaliknya ingin menangguhkannya kerana mahu membangunkan perusahaannya sehingga berjaya terlebih dahulu. Amin menangkap Malek yang cuba mencuri ayam di tempat ternakan ayamnya.

· Klimaks

Klimaks drama ini pada peristiwa Amin cedera akibat dipukul dan mesin-mesin perusahaan Tini dirosakkan.

· Peleraian

Drama diakhiri dengan penangkapan Malek dan Kamal. Pertunangan Tini dan Kamal juga telah diputuskan.

Teknik Penceritaan

Drama Di Sini Bakti Bersemadi tidak memaparkan teknik penceritaan secara langsung mahupun secara suara latar.

Watak utama

Tini

Ø Seorang yang berpendidikan tinggi iaitu memiliki diploma.

Ø Berkawan baik dengan Amin.

Ø Seorang yang gigih berusaha membangunkan perusaahan sendiri - kraftangan.

Ø Meminati bidang perniagaan.

Ø Seorang yang tegas dan tetap pendirian dalam membuat keputusan.

Ø Tunangan orang – tunang kepada Kamal

Ø Seorang yang suka berdikari – tidak mahu mengharapkan bantuan orang

Watak sampingan

Amin

Ø Kawan baik Tini.

Ø Mengusahakan penternakan ayam.

Ø Menjadi sumber inspirasi untuk Tini bekerja sendiri di kampung.

Ø Gigih, sabar dan bersemangat tinggi dalam usahanya memajukan bidang penternakan ayam.

Ø Berpandangan jauh / berwawasan.

Ø Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang perniagaan

Ayah

Ø Dikenali juga sebagai Pak Hamid.

Ø Menentang hasrat Tini untuk bekerja sendiri pada mulanya.

Ø Yakin / percaya akan kegigihan dan semangat waja Tini untuk berjaya dalam perusahaan kraftangannya.

Ø Bijak memerangkap Malek dengan berbual-bual dengannya.

Kamal

Ø Tunang Tini.

Ø Tidak menyokong usaha Tini bekerja sendiri.

Ø Ingin mempercepatkan hari perkahwinannya.

Ø Mementingkan diri sendiri – mengupah Malek merosakkan mesin-mesin Tini untuk menggagalkan perusahaan Tini.

Malek

Ø Seorang pencuri.

Ø Mudah dipengaruhi untuk melakukan sesuatu perkara,asalkan dibayar upah yang setimpal.

Masa

Ø Latar masa tidak dinyatakan dengan jelas. Latar waktu senja dinyatakan dalam perbualan antara ayah Tini dengan Amin.

Tempat

Ø Latar tempat tidak dinyatakan dengan jelas dalam drama. Berdasarkan situasi dialog dan perbualan watak latar tempat drama ini dapat dikategorikan seperti berikut:

· Kampung

· Tempat ternakan ayam Amin

· Di rumah Tini – Perbualan Tini dan ayahnya. Ayahnya menentang hasrat Tini untuk bekerja sendiri

· Tempat Perusahaan Kraftangan Tini

· Depan balai polis

· Di rumah Amin

Masyarakat

Ø Golongan muda yang suka bekerja sendiri berbanding kerja makan gaji.

Ø Masyarakat yang memandang rendah akan kemampuan wanita.

Ø Masyarakat yang iri hati akan kejayaan orang lain.

Gaya bahasa

Keseluruhannya drama ini menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.

1. Sinkope

Contoh: Takkan aku nak ajak dia pula (m/s: 100)

2. Peribahasa

Contoh: Di beri betis, minta paha lagi

Telunjuk lurus, tapi kelingking berkait. Nasi sudah menjadi bubur

(m/s: 112)

Di mana aku berpijak, di situlah langit aku junjung

3. Bahasa Arab

Contoh: Assalamualaikum, Waalaikummussalam, Alhamdulillah

1. Nilai kerjasama

Amin memberikan kerjasama kepada Tini untuk memastikan Tini Berjaya dalam perusahaannya.

2. Nilai berdikari

Amin dan Tini lebih suka berdikari membangunkan perusahaan mereka sendiri daripada bekerja makan gaji.

3. Nilai keberanian

Golongan muda iaitu Tini dan Amin yang berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan/perusahaan.

4. Nilai kegigihan

Tini dan Amin gigih untuk merealisasikan impian mereka dalam bidang masing-masing tercapai.

1. Kita mestilah gigih berusaha untuk memajukan diri.

2. Kita mesti yakin akan kemampuan diri sendiri untuk terus berjaya.

3. Kita harus memanfaatkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan.

4. Kita mesti membantu orang yang memerlukan bimbingan dan nasihat daripada kita.

5. Kita perlu bijak merancang masa depan.

6. Jangan berprasangka buruk terhadap orang lain.

7. Kita perlu jujur dan ikhlas dalam pergaulan.

1. Senaraikan peribahasa yang terdapat dalam drama.

2. Nyatakan watak yang kamu minat dalam drama ini. Kemukakan perwatakan watak itu.

Jawapan

1. Peribahasa yang terdapat dalam drama Di Sini Bakti Bersemadi.

· Lampu hijau

· Telunjuk lurus, kelengkeng berkait

· Cemburu buta

· Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.

2. Watak dan perwatakan yang diminati dalam drama Di Sini Bakti Bersemadi

· Tini

Memiliki diploma. Berkawan baik dengan Amin. Bekerja sendiri-perusahaan kraftangan. Gigih berusaha. Tegas.

· Amin

Kawan baik Tini. Mengusahakan penternakan ayam. Menjadi sumber inspirasi untuk Tini bekerja sendiri di kampung. Gigih berusaha memajukan bidang penternakan ayam. Berpandangan jauh/berwawasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan