Rabu, 27 Julai 2011

Sajak Asap KKJ TG1

ASAP

Maya Iza Azizan


Asap

mengapakah

bisamu

memedihkan mataku

menangis tanpa dosa ?


Asap

mengapakah rongga-ronggamu

semakin lama semakin membesar

dan aku tenggelam lemas

tanpa airnya?


Asap

hanya satu jantungku ini

telah kau rampas

berjuta-juta yang lain

tua dan muda

tanpa belas.


Asap,

tidak dapat kurasai

dengan sentuhan

tetapi bahangmu cukup

memusnahkan segala

tanpa apinya.


Tema

Sajak ini bertemakan tentang pencemaran alam oleh asap yang bertindak tanpa belas kasihan kepada manusia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan