Isnin, 25 Julai 2011

Sajak Di Perpustakaan - HR TG4


DI PERPUSTAKAAN – Shafie Abu Bakar

Melangkah ke ruangmu

Satu pertukaran yang kontras

Dari kehangatan merata

Ke kedinginan yang menerpa

Terlalu hening di sini

Gua pendeta bersemadi

Dipuncak sepi

Di sana sini

Kepala-kepala tunduk meneliti.

Mata dan fikir bersebati.

Maju ke ruang buku

Terlalu kerdil aku di sini

Terapung di laut ilmu

Tercurah berzaman

Dalam tak terselam

Bertapapun kulayari

Bahtera ilmu di sini

Tak terteroka

Yang akan kucatat

Hanya setitik dari tinta

Yang akan kupetik

Hanya sebiji dari mutiara

Engkau adalah pusaka moyang

Gedung peradaban insan

Terhimpun berzaman

Bersemadi di sini

Aku adalah pelayar yang dahaga

Di dada samudera

Tak berpantai

Bertapapun ku teguk darinya

Dahaga tak pernah langsai.

Rangkap 1

Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada

tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para

pengunjungnya pula tekun menelaah.

Rangkap 2

Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang

mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu

sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan

dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia.

Rangkap 3

Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang

ada tidak akan habis diterokainya.

Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.

1. Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu

dimanfaatkan.

2. Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya.

3. Persoalan cinta akan ilmu pengetahun.

1. Terdiri daripada tiga rangkap

2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada sepuluh baris, rangkap

kedua ada lima belas baris dan rangkap ketiga terdiri daripada enam baris.

3. Mengandungi antara dua hingga lima patah kata sebaris.

4. Rima akhirnya bebas abccdddddd, abacdbbefegehcc,, abbaba.

5. Sajak ini berbentuk bebas.

Maksud

Tema

Persoalan

Bentuk Sinis

1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : Gua pendeta bersamadi.

2. Aliterasi :pengulangan konsonan n

Contoh : Ke kedinginan yang menerpa (rangkap 1 baris 4)

Pengulangan konsonan t

Contoh : satu pertukaran yang kontras

3. Asonansi :pengulangan vokal a

Contoh :Dahaga tak pernah langsai (rangkap 3, baris 6)

Pengulangan vokal i

Contoh : hanya sebiji dari mutiara (rangkap 2, baris 12)

4. Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris

Contoh : Di puncak sepi

Di sana sini (rangkap 1, baris 7-8)

5. Metafora

Contoh : Di dada samudera (rangkap 3, baris 3)

Bahtera ilmu (rangkap 2, baris 7)

6. Sinkope

Contoh : Melangkah ke ruangmu

Yang akan kucatat

7. Personifikasi

Contoh : Ke kedinginan yang menerpa

8. Imejan

Contoh : Gua pendeta bersemadi. (rangkap 1, baris 6)

1. Nilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu.

2. Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan.

3. Nilai bertanggungjawab contohnya berminat untuk mendalami ilmu

pengetahuan.

Nada

Gaya bahasa

Nilai 1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu.

2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu.

3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu.

4. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

Soalan

1. Mengapakah penyajak berasa kagum apabila melangkah ke ruang

perpustakaan?

2. Nyatakan dua kepentingan perpustakaan kepada masyarakat.

Jawapan:

1. Penyajak kagum apabila melangkah ke ruang perpustakaan kerana dipenuhi

pelbagai buku ilmiah yang membezakan perpustakaan daripada tempattempat lain.

2. Dua kepentingan perpustakaan kepada masyarakat ialah tempat rujukan

kepada pencinta ilmu dan sumber ilmu dalam pelbagai bidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan