Selasa, 26 Julai 2011

Syair Perang Saudara di Pahang GSGG TG2

Perang Saudara di Pahang

(Mohd Yusof M Nor & Dr. Abd. Rahman Kaeh)


Kisah nan tidak hamba panjangkan,

Ceritanya banyak lagi disebutkan,

Ini sekadar sahaya ringkaskan,

Kisah berperang pula diceterakan.


Putera laki-lakiyang tuanya,

Ialah memangku paduka ayahandanya,

Perintah negeri terserah kepadanya,

Bendahara Tun Tahir kononnamanya.


Encik Engku Ahmad seorang anakanda,

Putera yang tengah raja berida,

Lima orang laki-laki padukan anakanda,

Sikapnya elok lakunya syahda.


Selang tiada berapa lama,

Encik Engku Ahmad keluar mengembara,

Pergi belayar ke Singapura,

Sambil menghibur hati yang lara.


Pelayaran tiada berapa lamanya,

Sampailah sudah konon dianya,

Di Kampung Gelam tempat berhentinya,

Di dalam kota tempat berhentinya.


Duduk bersama putera Sultan,

Tengku Jafar namanya tuan,

Itulah konon menjadi taulan,

Duduk di sana terlalu hairan.


Serta beriringan teman dan kawan,

Ramai menghantar handai dan taulan,

Seketika sampai di dalam kenaikan,

Lalu kembali mereka sekalian.


Sauh pun dibongkar dengan segera,

Belayarlah sudah muda perwira,

Ke sebelah barat mencari kira,

Pergi Kemaman kononnya cetera.


Kata orang empunya madah,

Ke dalam Kemaman sampailah sudah,

Di situlah berhenti muda yang indah,

Sultan Terengganu punya perintah.


Tiada berapa lama antara,

Sampai di Kemaman lalu terkira,

Dapatlah pakatan dengan segera,

Hendak melanggar Pahang segera.


Rangkap 1

Permulaan kisah perang iaitu kisah perang saudara di Pahang.

Rangkap 2

Pemangku sultan merupakan putera sulung yang memerintah negeri yang bernama Bendahara Tun Tahir.

Rangkap 3

Putera yang tengah ialah Encik Engku Ahmad. Terdapat lima orang lagi putera lelaki sultan yang mempunyai perilaku yang baik.

Rangkap 4

Encik Engku Ahmad keluar mengembara ke Singapura sambil menghiburkan hatinya yang lara.

Rangkap 5

Tidak lama belayar, Encik Engku Ahmad sampai di Kampung Gelam dan singgah di tempat tersebut.

Rangkap 6

Encik Engku Ahmad tinggal bersama Tengku Jaafar yang menjadi sahabat baginda. Baginda berdua tinggal di sana tanpa sebarang kawalan.

Rangkap 7

Encik Engku Ahmad diiringi teman-teman dan kawan-kawan untuk kembali ke negerinya.

Rangkap 8

Mereka mula belayar ke sebelah barat iaitu ke Kemaman.

Rangkap 9

Mereka sampai di Kemaman yang indah tempat Sultan Terengganu memerintah.

Rangkap 10

Mereka membuat perancangan untuk menyerang negeri Pahang.

Berkisarkan perancangan perang saudara yang bakal berlaku di Pahang.

1. Persoalan peperangan tidak membawa sebarang keuntungan tetapi membawa kebinasaan.

2. Persoalan hubungan dan kerjasama untuk menjalankan suatu tindakan.

3. Persoalan golongan bangsawan yang mengamalkan hidup bebas tanpa kawalan.

1. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.

2. Setiap rangkap mengandungi empat baris.

3. Jumlah perkataan ialah empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sembilan dalam satu baris.

4. Rima akhir sama – iaitu ’aa aa’.

Aliterasi

hendak melanggar Pahang negara (pengulangan konsonan n)

Asonansi

kata orang empunya wadah (pengulangan vokal a)

Kata ganda

laki-laki (Rangkap 2, Baris 1)

Repetisi

di kampung Gelam tempat berhentinya,

di dalam kota tempat diamnya (Rangkap 5, Baris 3 dan baris 4)

Bahasa Klasik

Ini sekadar sahaya ringkaskan (Rangkap 1, Baris 3)

1. Nilai setiakawan

Tengku Jaafar yang menjadi sahabat Encik Engku Ahmad bersama-sama melakukan aktiviti dengan baginda.

2. Nilai keberanian

Keberanian Encik Engku Ahmad membentuk pakatan untuk menyerang Pahang.

3. Nilai kesetiaan

Setia mendengar perintah Sultan Terengganu berhenti di Kemaman untuk mengumpul pakatan menyerang Pahang.

1. Kita hendaklah mempunyai keperibadian yang tinggi agar kita disukai rakan dan teman.

2. Kita hendaklah merantau untuk mencari pengalaman hidup.

3. Kita hendaklah pandai membawa diri dan tidak menunjuk lagak semasa berada di perantauan.

1. Berikan tiga gaya bahasa yang wujud dalam syair ini besertakan contohnya.

2. Pada pendapat anda, apakah faedah yang diperoleh apabila kita mengembara?

Jawapan:

1. Tiga gaya bahasa yang wujud dalam syair ini ialah:

a. Aliterasi

hendak melanggar Pahang negara (pengulangan konsonan n)

b. Asonansi

kata orang empunya wadah (pengulangan vokal a)

c. Kata ganda

laki-laki (Rangkap 2, Baris 1)

2. Pada pendapat saya, faedah-faedah yang diperoleh apabila kita mengembara ialah:

a. Dapat mempelajari perkara baru seperti adat dan kebudayaan baru.

b. Dapat menimba ilmu pengetahuan yang luas

c. Dapat membuka minda kita dan menerima perkara-perkara baru yang positif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan