Selasa, 26 Julai 2011

Sajak Laut GSGG T2

SAJAK LAUT

(Ismail Sharif)

Laut ini begitu biru

laut ini begitu luas

laut ini begitu indah.

Bertapa bahagianya hati

laut membuatku bahagia

laut ini begitu tenang

begitu kaya.

Kulihat pasir putih

kulihat kerang

kurasakan ombak menyapa kaki

dan kurasakan

angin pantai membeli.

Seorang nelayan jauh di sana

berdiri di atas perahu kecil

menebarkan jala

mencari ikan untuk keluarga.

Setengah matahari kulihat di seberang

di seberang laut biru ini

bagai malu-malu ia mengintip

namun dengan setia

memberi sinarnya.

Hai, laut biru

hari ini juga aku nyatakan

kau adalah saudaraku!

Rangkap 1

Penyajak memerihalkan tentang laut yang membiru dan luas terbentang terlalu indah dipandang.

Rangkap 2

Keindahan dan ketenangan laut dapat memberi kebahagian dan ketenangan kepada penyajak.

Rangkap 3

Penyajak menikmati keadaan dan suasana kawasan laut seperti terdapat kulit kerang dan pasir pantai yang putih.

Rangkap 4

Penyajak memerhatikan seorang nelayan di tengah lautan. Seorang nelayan berdiri seorang diri di atas sebuah perahu kecil sambil menebarkan jala untuk menangkap ikan bagi mencari rezeki menyara keluaraga.

Rangkap 5

Kelihatan burung-burung berkicauan dan berterbangan bebas ke sana dan ke sini diiringi dengan bunyi deruan ombak.

Rangkap 6

Penyajak juga dapat melihat keindahan matahari terbenam di seberang laut.

Sajak ini mengemukakan tema keindahan pemandangan di kawasan laut yang dapat menenangkan jiwa seseorang.

1. Persoalan keindahan kawasan laut dapat menenangkan jiwa – penyajak dapat berasakan ketenangan jiwa apabila menikmati suasana di kawasan laut.

2. Persoalan kegigihan mencari rezeki – nelayan gigih menangkap ikan bagi menyara kehidupan keluarganya.

3. Persoalan keindahan alam ciptaan tuhan – suasana kawasan laut menandakan betapa indahnya alam ciptaan tuhan.

1. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.

2. Rima akhir adalah bebas.

3. Jumlah baris serangkap bebas.

Contohnya : Rangkap 1- 3 baris dan Rangkap 2 – 4 baris dan sebagainya.

4. Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah perkataan.

5. Jumlah suku kata sebaris antara lima hingga empat belas suku kata.

1. Anafora

Contoh: Laut ini begitu biru

Laut ini begitu luas

Laut ini begitu indah

2. Personifikasi

Contoh: Laut ini begitu tenang / ombak menyapa kaki.

3. Sinkope

Contoh: membuatku bahagia.

4. Simile

Contoh: begitu gembira mereka menyanyi bagai berlumba

5. Asonansi

Contoh: Betapa bahagianya hati.

6. Aliterasi – Contoh: dengan nyanyian ombak.

Sajak ini bernada romantis.

1. Kita hendaklah bersyukur dengan keindahan alam ciptaan tuhan – keindahan dan ketenangan di kawasan laut dapat memberi ketenangan.

2. Kita perlulah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki – nelayan berusaha gigih bagi mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga.

3. Kita seharusnya menghargai keindahan alam sekeliling kita.

1. Nilai kesyukuran

Bersyukur dengan nikmat keindahan alam yang mampu memberikan ketenangan dalam hidup kita.

2. Nilai kegigihan

Kegigihan nelayan mencari rezeki untuk menyara keluarga.

1. Kemukakan tema yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam ’Sajak Laut’.

2. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengekalkan keindahan alam sekitar?

Jawaban:

1. Tema yang ingin disampaikan ialah:

a. Tema keindahan pemandangan di kawasan laut yang dapat menenangkan jiwa seseorang.

2. Kepentingan untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar ialah:

a. Supaya kebersihan alam sekitar terjamin dan tidak tercemar.

b. Supaya dapat menarik perhatian pelancong luar

c. Supaya dapat melonjakkan imej negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan