Selasa, 26 Julai 2011

Syair Nasihat ( Penghujung Thamarat ) GSGG TG2

Penghujung Thamarat al-Muhimmah

(Syair Nasihat)

(Abu Hassan Sham)

Dengarkan tuan ayahanda berperi,

Kepada anakanda muda bestari,

Nasihat kebajika ayahanda beri,

Amalkan jangan malas dan ngeri,


Ayuhai anakanda muda remaja,

Jika anakanda menjadi raja,

Hati yang betul hendak disahaja,

Serta rajinpada bekerja.


Kerja kebajikan janganlah malas,

Zahir dan batin janganlah culas,

Jernihkan hati hendaklah ikhlas,

Sepertiair di dalam gelas.


Menuntut ilmu janganlah segan,

Ilmuyang benar jangan yang bukan,

Iaitu ilmu yang kebajikan,

Di kitab ini sudah disebutkan.


Hendaklah anakanda mengaji selalu,

Dari yang lain lebihkan dulu,

Had syarak jangan dilalu,

Tidaklah anakanda beroleh malu.


Segala perbuatan dengan berilmu,

Maka kebajikan boleh bertemu,

Jika sebarang-barang diramu,

Akhirnya anakanda jatuh tersemu.


Ilmuitu besar faedahnya,

Membezakan hak dengan batilnya,

Mengetahui rakyat benar salahnya,

Supaya dihukum dengan adilnya.


Jika ilmu tidak diendah,

Sebab anakanda capak permudah,

Takyat datang membawa gundah,

Anakanda tercengang tunduk terngadah.


Rangkap 1

Nasihat yang diberi oleh ayah perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas.

Rangkap 2

Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.

Rangkap 3

Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan.

Rangkap 4

Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran salah.

Rangkap 5

Ilmu perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib.

Rangkap 6

Tindakan perlu didasarkan kepada pengetahuan supaya membawa kepada kebaikan dan kebajikan untuk mengelakkan kejatuhan.

Rangkap 7

Ilmu yang baik akan menjurus kepada keadilan dan kebenaran. Hal ini akan dapat membezakan antara perkara yang benar dan yang salah.

Rangkap 8

Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah akan menjerumuskan seseorang atau negara ke lembah kehancuran.

Nasihat kepada pemimpin agar memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.

1. Persoalan kepentingan ilmu dalam menjalankan tampuk pemerintahan.

2. Persoalan keperibadian yang tinggi yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin.

3. Persoalan ajaran betul dan ajaran songsang yang telah diwartakan.

4. Persoalan hukum syarak yang perlu diikuti untuk mengelakkan aib kepada diri.

1. Pantun ini terdiri daripada lapan rangkap.

2. Setiap rangkap mengandungi empat baris.

3. Jumlah perkataan empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sebelas suku kata dalam satu baris

4. Rima akhir adalah sama iaitu ’aa aa’.

Aliterasi

Dengarkan tuan ayahanda berperi. (Rangkap 1, baris 1)

Pengulangan konsonan ‘n’

Asonansi

Had syarak jangan dilalu. (Rangkap 5, baris 3)

Pengulangan vokal ‘a’

Inversi

Kerja kebajikan janganlah malas.(Rangkap 3, baris 1)

Bahasa Arab

Had syarak jangan dilalu (Rangkap 5, baris 3)

1. Nilai mendengar nasihat

Mendengar nasihat orang yang berpengalaman untuk kesejahteraan masa hadapan.

2. Nilai kerajinan

Rajin menuntut ilmu dan menjalankan tugas yang diberikan.

3. Nilai keadillan

Seorang pemimpin perlulah adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

4. Keikhlasan

Kerja kebajikan perlu dilakukan dengan hati yang penuh ikhlas.

1. Kita hendaklah mendengar nasihat ayah, agar kehidupan kita diberkati.

2. Kita hendaklah menjalankan siasatan sebelum menjatuhkan hukuman.

3. Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dan kebajikan, serta ikhlas dalam sebarang tindakan.

4. Kita hendaklah menuntut ilmu agar dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik.

1. Berikan maksud rangkap

Kerja kebajikan janganlah malas

Zahir dan batin janganlah culas

Jernihkan hati hendaklah ikhlas

Seperti air di dalam gelas

2. Pada pendapat anda, apakah kepentingan kita menuntut ilmu?

Jawapan:

1. Maksud rangkap tersebut ialah kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan.

2. Kepentingan menuntut ilmu ialah:

a. Dapat membantu kita membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk.

b. Dapat membantu kita menyediakan diri sebagai generasi pemimpin masa depan.

c. Dapat membantu kita menyelesaikan sesuatu masalah dengan mudah.

1 ulasan: