Ahad, 24 Julai 2011

Sajak Arkitek Kota-DBK TG5

ARKITEK KOTA

hanya seniman peka
yang faham akan jiwa laut
kenal lambung gelombangnya
alur sungai serta diam batu,
perasaan musim,
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota.

kerana arkitek matang itu anak di taman,
perenung di perpustakaan,
orang muda pulang bertandang di lorong malam,
pemunggah barang pasar di subuh hari,
pengadil di bangku bijaksama,
dan datuk bandar yang bangga.

dia harus sayangkan lagu burung,
pemancing di teduh pohon,
pemerhati tasik,
pengawas bintang,
dan bunga menjalar di beranda.

pencipta kota ialah
pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai,
kelakar tua yang mengapungkan cerita
orang bercinta yang perlukan bulan.

dia pengukir ruang hidup,
penghias suasana sempurna,
membenarkan penemuan,
memungkinkan kemungkinan.

Dari Seberang Diri.


Maksud Sajak : Rangkap 1
Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan.

Maksud Sajak : Rangkap 2
Hal ini demikian kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut.

Maksud Sajak : Rangkap3
Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona.


Rangkap 4
pencipta kota ialah
pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai
kelakar tua yang mengampungkan cerita
orang bercinta yang perlukan bulan

Maksud Sajak : Rangkap 4
Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea-idea yang bernas.

Dari Seberang Diri

Maksud Sajak : Rangkap 5.
Penyajak menyatakan bahawa beliau hanyalah pemerhati yang menilai bandar dari jauh.


Tema :
Bertemakan keseimbangan dan keselarasan yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan bandar. Keseimbangan itu penting agar pembangunan bandar tidak menjeaskan alam sekitar.

Persoalan
1.Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.Nilai ini penting supaya sesuatu keadaan dapat difahami.

2.Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Pembangunan kota perlu dilihat menerusi pelbagai sudut.

3.Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Alam sekitar perlu dijaga.

4.Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.Golongan ini mempunyai idea-idea baru yang bernas.


Nilai :
1.Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi.contohnya, melaksanakan pembangunan fizikal tanpa mengorbankan alam semula jadi.

2.Nilai berhemah dan berhati-hati - Contohnya, perancangan sesuatu bandar akan lebih sempurna dengan tindakan berhemah.

3.Nilai bertanggungjawab - contohnya, bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. .

4.Nilai bijaksana dalam membuat keputusan Kebijaksanaan penting apabila membuat keputusan.

5.Nilai rasional dalam semua aspek.Kerasionalan penting dalam semua aspek.


Pengajaran :
1.Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang pembangunan.

2.Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara..

3.Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan.

4.Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota..

5.Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif.



Latihan :

1.Nyatakan bilangan kata dan barisan yang terpanjang dalam rangkap sajak ini.
Jawapan:
bilangan kata terpanjang ialah 7–
contohnya ;. kerana arkitek matang itu anak di taman/ Orang muda pulang
bertandang di lorong malam

2.Apakah jenis gaya bahasa bagi rangkai kata berikut?
Sabar bumi, fill langit, bangku bijaksana
Jawapan:
metafora


Latihan

1.Nyatakan perkara-perkara yang perlu diambil kira oleh perancang bandar.

2.Dalam melaksanakan pelan pembangunan di bandar, mengapakan perancang bandar perlu mengutamakan kepentingan salam sekitar?


Jawapan

1.Melindungi kehidupan liar, mengekalkan kehijauan bumi, mengelakkan pencemaran, mementingkan keindahan alam semula jadi, kemungkinan yang bakal terjadi.

2.Manusia dan haiwan dapat hidup dengan sejahtera, bebas daripada segala pencemaran alam yang memudaratkan kesihatan, membekalkan udara yang segar dan bersih, tarikan utama pelancong asing melawat negara ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan