Selasa, 26 Julai 2011

Pantun Dua Kerat ( Nasihat ) GSGG TG2

Nasihat

(Pantun Dua Kerat)

(Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari)




Gaharu, Cengal, giam

Tak tahu, tak kenal, diam.

Jika ada padi berhampalah

Jika ada hati berasalah.

Sakit pandan tak tahukan duri,

Sakit badan tak tahukan diri.

Dengar cakap enggang makan buah belolok,

Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.

Ada beras taruh dalam padi,

Ada ingat taruh dalam hati.

Mahal imam, murahlah khatib,

Mahal demam, murahlah sakit.


Rangkap 1

Seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata.

Rangkap 2

Orang yang perasa akan mudah terusik perasaannya oleh sesuatu perkara.

Rangkap 3

Orang yang tidak insaf akan dirinya akan mendapat balasan akibat perbuatannya.

Rangkap 4

Jika kita terlalu mendengar cakap orang kita juga yang akan menerima musibah.

Rangkap 5

Sekiranya kita hendak selamat kita perlu sentiasa ingat akan nasihat orang.

Rangkap 6

Sudah menjadi lumrah hidup manusia sesuatu perkara yang besar bermula daripada perkara yang kecil.

Nasihat kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat mengharungi segala cabaran dalam kehidupan.

1. Persoalan suka mendengar cakap orang tanpa memikirkan akibatnya.

2. Persoalan perasaan yang mudah tersentuh.

3. Persoalan melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

1. Pantun ini terdiri daripada enam rangkap.

2. Pantun ini berbentuk pantun dua kerat yang terdiri daripada sebaris pembayang

dan sebaris maksud.

3. Pantun ini mengandungi lapan hingga dua belas perkataan dalam setiap rangkap.

4. Pantun ini mengandungi tujuh hingga tiga belas suku kata dalam setiap baris.

5. Rima akhir rangkap pertama hingga rangkap kelima ’aa’ dan rima akhir rangkap keenam ’ab’.

Anafora

Jika ada padi berhampalah,

Jika ada hati berasalah.

Singkope

Sakit pandan tak tahukan duri,

Sakit badan tak tahukan diri.

Aliterasi

Dengar cakap enggang makan buah belolok,

Pengulangan bunyi konsonan ‘n’

Asonansi

Jika ada padi berhampalah,

Pengulangan bunyi vokal ’a’

Kata ganda

Tanda bersatu bergotong-royong

1. Nilai rasional

Sesuatu tindakan yang hendak dilakukan hendaklah difikirkan terlebih dahulu dengan sewajarnya.

2. Nilai keinsafan

Setiap orang perlulah sedar dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang telah dilakukan.

3. Nilai merendah diri

Tidak menyombong diri terhadap seseorang atau sesiapa saja.

1. Kita hendaklah merendah diri kalau kita tidak tahu akan sesuatu perkara.

2. Kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak menyakitkan hati orang lain.

3. Kita perlulah tidak terlalu mendengar atau percaya kepada kata-kata orang.

4. Kita perlulah beringat sebelum mendapat kesusahan.

1. Berikan maksud rangkap

Gaharu cengal, giam,

Tak tahu, tak kenal diam

2. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum mendengar dan mempercayai kata-kata orang lain?

Jawapan:

1. Maksud rangkap tersebut ialah seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata.

2. Pada pendapat saya, kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum mempercayai kata-kata orang lain adalah kerana :

a. Untuk mengelakkan salah faham.

b. Supaya diri kita tidak terjebak dalam masalah.

c. Supaya kita tidak mudah tertipu.

2 ulasan:

  1. Terima kasihh cikguu .
    Dengan seadanya pantun dan maksud rangkap-2 ini telah bnyk memainkan peranan utk sy menggunakanya di sekolah sy :) Syukran Ya Akhhi !

    BalasPadam