Maksud
Rangkap 1
Penulis mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat. Perdebatan yang berlaku pula dikuasai oleh emosi.
Rangkap 2
Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan bukannya hasil daripada pertimbangan akal fikiran.
Rangkap 3
Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang makna dan fakta kukuh. Hujah-hujah yang sebegitu rapuh dan mudah disangkal.
Rangkap 4
Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi tumpuan. Di sinilah mereka kerap berbual-bual dan berdebat kosong tanpa kesudahan.
Rangkap 5
Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan.
Rangkap 6
Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati pendebat-pendebat itu lebih dikuasai emosi ketika berbicara berbanding fakta dan ilmu.
Rangkap 7
Bagi penyajak perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka bercakap tanpa berfikir dahulu. Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa makna.
Tema
Perbincangan kosong di kedai kopi. Seringkali dikatakan kedai kopi sebagai tempat perdebatan pengunjungnya. Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Seringkali juga berlaku perdebatan yang sia-sia kerana dikuasai emosi.
Persoalan
1. Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya sekadar menghamburkan kata-kata dan meluahkan perasaan.
2. Persoalan luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan.
3. Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis.
4. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan.
Nilai
1. Nilai rasional . Kerasionalan diperlukan dalam menyampaikan maklumat.
2. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk mencari ilmu untuk menguasai kemahiran
3. Nilai kebijaksanaan. Nilai ini diperlukan untuk mengemukakan maklumat
4. Nilai kesabaran . Kesabaran diperlukan dalam menghadapi cabaran hidup..
5. Nilai keprihatinan . Keperihatinan terhadap persekitaran amat diperlukan..
Pengajaran
1. Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat.
2. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta
3. Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.
Latihan.
1. Dalam rangkap sajak sering diulang rangkai kata ini pasar perasaan. Apakah yang fungsinya rangkai kata ini diulang dalam beberapa rangkap?
Jawapan: menunjukkan penegasan aspek utama
2. Nyatakan teguran penyajak terhadap pengunjung warung-warung.(2M).
3. Pada pandangan anda, apakah musibah yang akan dihadapi oleh seseorang itu jika sering menyuarakan pendapat mengikut perasaan?
4. Huraikan duan perwatakan pengunjung warung yang digambarkan dalam sajak.
Jawapan
2.i. menegur sikap pengunjung yang bercakap tanpa berfikir panjang tentang sesuatu perkara,ii.menegur sikap pengunjung warung yang berhujan tanpa bukti/fakta yang kukuh,iii.menegur sikap pengunjung warung yang banyak menghabiskan masa dengan berbual kosong.
3.i. dirinya tidak akan disenangi oleh orang di sekeliling, ii.merenggangkan hubungan persahabatan atau persaudaraan, iii.berlaku perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan atau permusuhan antara dua pihak.
4.i.suka bersembang/berbual-bual kosong, ii. memperkatakan sesuatu menurut kata hati, bukannya berfikir secara rasional, ii.mempunyai ilmu yang cetek/pengetahuan yang dangkal, iii. berhujah tanpa mempunyai asas/fakta/bukti yang kukuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan