Cerpen Ibu dan Ceper - Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas. Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda. Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu. Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini. Tema Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan. Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman. Persoalan 1. Persoalan kepentingan air dalam kehidupan. oleh ibu untuk mengairi sawahnya. 2. Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya 3. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam. menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya. Plot Binaan Plot (i) Permulaan Aku menerangkan perasaan sayang dan cinta akan Sungai Ceper dan ibu yang banyak berjasa kepadanya.Aku terkenang akan sungai ini yang jernih ,tenteram, deras dan menjadi lubuk ikan. Ibu juga seperti Ceper yang aktif bersawah dan bekerja. Namun, ibu berehat pada waktu malam manakala Ceper sama sahaja pada siang atau malam. (ii) Perkembangan Kemarahan ibu kepada Sungai Ceper yang melimpah akibat hujan lebat sehingga memusnahkan tanaman . Ibu juga memarahi sikap suaminya yang sambalewa terhadap tanggungjawab keluarga dan asyik dengan ketitir. Kemarahan ibu semakin memuncak apabila Sungai Ceper semakin cetek akibat kemarau. Hal ini menyebabkan sawah-sawahnya kering , sumber makanan dan minuman terjejas sehingga memaksa ibu menggunakan telaga sebagai sumber air. Setelah 40 tahun berlalu,Sungai Ceper semakin tercemar akibat pengabaian masyarakat. Ibu dan ayah sudah meninggal dunia dan aku telah pun berkeluarga dan mempunyai cucu. (iii) Klimaks Ibu meninggal dunia dan Sungai Ceper semakin sakit. Sungai ini semakin cetek, alirannya lambat dan banyak sampah daripada pelbagai bahan buangan berada di perutnya. Airnya busuk kerana bangkai binatang , kain-kain buru , plastik, dan sisa-sisa makanan dibuang ke dalamnya. Bapa juga telah meninggal dunia. (iv) Peleraian Sungai Ceper masih mengalir tetapi amat lambat. Keadaannya semakin parah. Aku dan isteri telah tua dan anak-anak pula menggantikan kami. Ceper dikatakan sudah mati kerana airnya sudah tidak bergerak dan timbunan sampah tindih-menindih. Ibu benar-benar telah mati tetapi Ceper walaupun masih wujud tetapi sudah tidak berfungsi lagi. Teknik Penceritaan 1. Pemerian 2. Dialog 3. Imbas Kembali Watak dan Perwatakan Watak Utama - Ibu 1. Cekap bekerja. Watak Sampingan - Aku 1. Anak tunggal dalam keluarga. kerana masih mengingati pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu. lumpuh dan ayahnya yang tua. LATAR: Latar Tempat - Sungai Ceper 1. Panjang, berliku-liku, jernih, pasir-pasir berbiji halus dan kelikirnya berkilat. pembuangan sampah sarap. Latar Masa 1. Masa kini - Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu. dan meninggal dunia-ibu sudah tidak diteruskan oleh aku dan isteri. aku masih teruna. padinya. tetap cergas. Latar Tempat 1. Di sebuah desa - tempat tinggal ibu, aku dan ayah. kampung bekerja. merangau ikan. kemarau. termasuk ibu mendapat sumber air. Latar Masyarakat 1. Masyarakat petani. 2. Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup. 3. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Gaya Bahasa 1. Kata ganda - kehijauan-hijauan Nilai 1. Nilai bertanggungjawab. 2. Nilai kegigihan. 3. Nilai kesabaran. Pengajaran 1. Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan. agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan isteri. agar kebajikan mereka terpelihara. perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat. |
Sumber 2: http://galusbm.blogspot.com/
SINOPSIS
Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebatang sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, Sungai Ceper dan ibu sentiasa aktif melaksanakan peranan masing-masing. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu telah kehilangan tenaga.Pada sebelah malam, ibu akan berehat dan esoknya sebelum subuh ibu telah bangun dan fizikal ibu kembali cergas.Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun dengan lebatnya di hulu. Akibat hujan, air Sungai Ceper bertukar likat dan melimpah menyebabkan sawah padi habis musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Ayah mengambil ubi gadung di hutan selepas kembali daripada memikat burung.Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau yang amat teruk. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Banyak padi yang tidak menjadi menyebabkan penduduk kampung menderita sekali lagi. Keadaan itu sebenarnya imbas kembali peristiwa 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.Aku terkenangkan saat memilukan apabila pada suatu hari dia menjerit sekuat-kuat hati kerana tangannya sudah kebas ketika mengampu ibu membuang air besar.Ibu ketika itu lumpuh kerana kakinya tercucuk tunggul di sawah. Ayah pula sudah tua dan tidak lagi bertenaga. Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu dan tidak lagi sekuat semasa zaman muda dahulu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila memikat burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu.Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud manakala ibu dan ayah telah tiada di dunia ini.
LATIHAN PENGUKUHAN 1
Kucintai Sungai Ceper sama seperti kucintai ibu. la bermula dari satu titik air dan kemudian berkembang menjadi besar dan akhirnya membentuk dirinya sebagai sebuah sungai yang panjang berliku-liku membawa kejernihan yang benar-benar sejahtera dengan arus yang kuat mendukung ketenteraman. Pasir-pasir yang berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir di bawah bersama ikan yang cergas. Saling tidak tumpah seperti ibu yang rancak ke sana rancak ke sini seperti air terjun. Ibu tidak boleh tinggal diam sepanjang hari, sama seperti air Sungai Ceper yang bergerak bersama ikan, menampar tebing yang berselekoh, memasuki lubuk-lubuk yang dalam. Ibu juga bergerak di mana saja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung naik masak jelapang.Ceper pun serupa. la memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam, menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya
SOALAN RANGKAI KATA :
1. Nyatakan maksud rangkai kata membentuk dirinya.
2. Nyatakan maksud membawa kejernihan yang benar-benar sejahtera
3. Nyatakan maksud rangkai kata saling tak tumpah
4. Terangkan maksud rangkai kata tulang empat kerat.
5. Terangkan maksud rangkai kata dijunjung naik.
SOALAN KONTEKS
1. Halkan tentang keadaan Ceper.
2. Apakah yang dilakukan oleh Ceper apabila mengalir ?
3. Nyatakan pekerjaan ibu.
4. Apakah persamaan antara Ceper dengan ibu.
SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR.
1. Mengapakah ibu bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarga ?
2. Apakah cara untuk membantu kerja-kerja ibu di rumah ?
3. Apakah cara untuk membalas jasa ibu
4. Mengapakah kita perlu memelihara keindahan sungai daripada tercemar ?
5. Mengapakah kita perlu mendengar ibu ?
6. Bagaimanakah kita dapat memanfaatkan sungai sebagai satu tarikan untuk sektor pelancongan ?
LATIHAN PENGUKUHAN 2.
Sekali itu Ceper tiba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak henti-henti dan airnya keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipunggah bersama, menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya, memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata. Airnya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membunting sarat padinya. Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja. Sudahlah sampah sarap yang diangkut bersama, bangkai-bangkai binatang pun banyak yang terlekat di tiang-tiang rumah kami. Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu menjerit pada bapa yang sejak pagi meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak ketitir. Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagaikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitir itu hingga semua hal rumah dan keluarga diserahkan bulatbulat kepada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu. "Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita,. awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!" Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing. Aku masih ingat,lagi. Bapa dengan mudah sangkut kembali sarang denaknya ke paku di conggoh dan terus randuk banjir masuk ke dalam petak baruh untuk menolong ibu yang bergelumang dengan air keruh dan sampah sarap. Tetapi bapa tidak boleh buat apa-apa juga. Himbauan air Ceper kuat sangat sehingga bapa sendiri beberapa kali terkial-kial jatuh.Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana tahun itu. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tetapi setiap kali bapa pulang dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun itu kami makan gadung itulah kerana padi habis jahanam kerana Sungai Ceper betul-betul mengamuk.
SOALAN KONTEKS
1.Apakah kesan yang berlaku apabila Ceper mengamuk ?
2.Apakah pula reaksi ibu apabila Ceper mengamuk ?
3. Nyatakan tindakan spontan ayah apabila dimarahi oleh ibu ?
4. Apakah yang terjadi setelah penduduk kampung menjadi kedana akibat kemarahan Ceper ?
SOALAN KONTEKS.
1.Pada pendapat anda, apakah usaha yang dapat dilakukan untuk mengelakkan banjir daripada
memusnahkan tanaman ?
2.Pada pendapat anda, mengapakah ayah lebih suka memikat ketitir berbanding membantu ibu di sawah ?
3.Apakah bantuan yang dapat diberikan kepada mangsa bencana alam seperti banjir ?
4.Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang ibu dapat memupuk sifat sabar dalam diri ?
SOALAN KOMSAS.
1. Jelaskan satu pengajaran dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran lain dalam cerpen keseluruhan.
2. Nyatakan tiga latar tempat dalam petikan di atas.
3. Nyatakan satu perwatakan ibu dalam petikan cerpen dan dua perwatakan ibu yang lain dalam cerpen keseluruhan.
LATIHAN PENGUKUHAN 3
Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini bukan kerana banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau. Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah habis kering. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper saja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah kering. Baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga. Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air Ceper betulbetul tohor. Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padi pun kecut di dalam sawah. Yang sudah menguning boleh jadi tahun-tahan sampai benar-benar tunduk. Tetapi banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu saja. Yang kuning pun nampak saja besar biji-biji padinya, tetapi banyak yang hampa kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung. Dalam hati ibu memang Ceper itu bedebahlah. Ibu tidak turun ke Ceper lagi kerana airnya sedikit. Ibu berbaik dengan telaga. Meskipun telaga di penjuru tanah kami itu amat dalam, ibu tarik juga tali timba membawa naik air ke atas. Dengan air telaga itulah ibu mandi, ibu angkut naik ke rumah masuk ke dalam tempayan. Setitik air Ceper pun ibu tidak sentuh waktu kemarau panjang itu. Ibu betul-betul marah kepada ceper.
SOALAN KONTEKS
1. Mengapakah ibu mengamuk ?
2. Apakah kesan apabila Sungai Ceper menjadi semakin tohor ?
3. Apakah tindak balas ibu apabila air Ceper menjadi sedikit ?
SOALAN KBKK
1. Pada pendapat anda, apakah sumber air selain sungai dan telaga ?
2. Mengapakah kita perlu berjimat ketika menggunakan air ?
3. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kemarau yang
sering berlaku pada musim panas.
4.Apakah kesan jika kita mengalami masalah putus bekalan air selama beberapa hari ?
5.Pada pendapat anda, apakah cara untuk mengurangkan masalah tekanan perasaan apabila berhadapan dengan suatu masalah dalam kehidupan
asalamualaikum, ckgu xde jwpan ke ?
BalasPadam